Pages

Recently Read

Monday, 3 March 2014

Malaysia

Assalamualaikum. Selamat pagi. Hari ni saya nak cerita sedikit info-info tentang Malaysia. Semua mesti dah tahu Malaysia mempunyai tempat-tempat menarik untuk dilawati. Tapi di mana? Jauh ke dekat? Haa ni yang saya nak bagi tahu, Malaysia mempunyai 14 buah negeri. Antara negeri tersebut ialah Johor, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak. Terdapat banyak tempat yang menarik di setiap negeri. Antaranya, di Johor mempunyai Legoland Theme Park, Melaka ada Kota A'Famosa, Negeri Sembilan mempunyai Istana Sri Menanti. Pahang pula terkenal dengan tanah rata Cameron Highlands dan Genting Highlands. Di Perak pula, terdapat Menara Condong di Teluk Intan, Terengganu terkenal dengan Pasar Payang. Kelantan pula mempunyai pantai yang cantik, iaitu Pantai Cahaya Bulan (PCB).

Eh kejap ! Kenapa semua negeri cerita pasal satu tempat je? Sabarlah, kita kenalkan satu-satu. Nanti ada masa, saya post lebih detail di setiap negeri okay ! ;) Kita sambung lagi negeri yang tak siap lagi. Perlis, emm apa ada di Perlis? Perlis terdapat satu gua, iaitu Gua Kelam, Kedah pula mempunyai Taman Rekreasi Ulu Lenggong, Baling Kedah. Pulau Pinang pula terdapat Bukit Bendera. Rumah Terbalik terkenal di negeri Sabah, Sarawak terkenal dengan Kampung Budaya. Eh dah cukup? Belum lagi, ada lagi dua, iaitu Kuala Lumpur dan Selangor. Kuala Lumpur memang terkenal dengan negeri pesat membangun. Menara Kuala Lumpur merupakan tarikan utama di negeri wilayah tersebut. Akhir sekali, Selangor mempunyai Batu Caves. So lepas ni, saya akan story lebih banyak lagi tetang Malaysia ok ! :) Sekarang dah tiba masa nak pergi makan, sebelum tu, tengoklah serba sedikit gambar tempat menarik yang ada di Malaysia ni .. #Assalamualaikum














emm tengok gambar je kita dah rasa nak pergi melancong kan? Apa tunggu lagi, cepat-cepat call syarikat agensi pelancongan kami di Melaka. (06 286 9987) .



0 comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates